| RISALAH
MAKLUMAT KESELAMATAN BAHAN(MSDS) |
"TOYOLAC"
Resin ABS Gred Penggunaan Am
Nama Gred : "TOYOLAC" 100, 250, 300, 325, 500, 700
No. MSDS: TPM051 Toray Plastics (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tarikh : 2 July, 2001 |
| 1. SYARIKAT
/ PENGENALAN |
1.1 NAMA PENGELUAR
/ PEMBEKAL
ALAMAT : 2628 MK.1, SPT., Lorong Perusahann 4, Prai
Free Industrial Zone, 13600 Prai, Penang, Malaysia.
1.2 PENGURUS KESELAMATAN
| PENGELUARAN, TEKNOLOGI |
|
| BAHAGIAN |
: Bahagian Pengeluaran |
| PENGURUS |
: Pengarah & Pengurus Kilang |
| JUALAN |
|
| BAHAGIAN |
: Bahagian Jualan & Pemasaran |
| PENGURUS |
: Pengurus Am |
1.3 PENGURUS MSDS
| JABATAN |
: Jabatan Teknikal |
| PENGURUS |
: Pengurus Jabatan Teknikal |
1.4 PUSAT MAKLUMAT
(PUSAT PERKHIDMATAN PELANGGAN)
| JABATAN |
: Jabatan Jualan & Pemasaran |
| ALAMAT |
: 2628 MK.1, SPT., Lorong Perusahann 4, Prai
Free Industrial Zone, 13600 Prai, Penang, Malaysia. |
| No.Tel. |
: +60 4 3988088 |
| No.Faks. |
: +60 4 3908975, 39977264 |
|
| 2. KOMPOSISI / MAKLUMAT
KANDUNGAN |
| Nama Kimia |
: Kopolimer Akrilonitril-Butadiena-Stirena |
| Nama Umum |
: Resin ABS |
| Nama Singkatan |
: - |
| NO. CAS : |
: 9003-56-9 |
| BAHAN (O) CAMPURAN ( ) ; KELAS UN
& NUMBOR UN |
| NAMA KIMIA |
KOMPOSISI(%) |
FORMULASI KIMIA(FORMULASI KONSTITUSI,FORMULASI
STRUKTUR) |
No.CAS |
StatusTSCA |
| Kopolimer Akrilonitril-Butadiena-Stirena |
100 |
-[(C8H8)k-(C3H3N)l-(C4H6)m]n- |
9003-56-9 |
Tersenarai |
|
| 3. PENGENALAN BERBAHAYA |
3.1 TINJAUAN UMUM
KECEMASAN
Pelet berwarna putih kekuningan legap atau berwarna
akan berbau sedikit atau tidak berbau. Pelet tercicir akan menyebabkan
bahaya tergelincir. Ia boleh terbakar dalam api dengan melepaskan
asap beracun. Bahan melebur akan menyebabkan kelecuran yang serius.
Wasap dan asap yang terjana semasa proses peleburan mungkin menyebabkan
kerengsaan pada mata, kulit dan salur pernafasan. Proses sekunder
akan mengeluarkan habuk yang mungkin akan berbahaya pada pernafasan
dan menyebabkan letupan.
3.2 NAMA KELAS BAHAN
KIMIA BERBAHAYA UNTUK MSDS DI JEPUN
Tidak berkenaan.
3.3 BAHAYA FIZIKAL
& KIMIA
Tidak berkenaan.
3.4 KESAN YANG MUNGKIN
PADA KESIHATAN MANUSIA
| Mata |
: Mungkin menyebakan kerengsaan atau kecederaan
akibat tindakan mekanik. |
| Kulit |
: Pelet jarang menyebabkan kerengsaan pada kulit. |
| Penelanan |
: Tiada kesan keracunan akut. |
| Penghisapan |
: Pelet jarang terhisap akibat keadaan fizikalnya. |
3.5 KESAN PADA ALAM
SEKITAR
Tidak berkenaan.
3.6 LAIN-LAIN
Merujuk MAKLUMAT TERKAWAL. |
| 4. LANGKAH-LANGKAH
PERTOLONGAN CEMAS |
4.1 PENGHISAPAN
Pelet jarang terhisap akibat keadaan fizikalnya. Namun
jika gejala-gejalanya berlaku, alih mangsa ke tempat yang berudara
segar. Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian
dan bantuan ubat-ubatan jika perlu.
Untuk kerengsaan akibat terhisap wasap pemprosesan,
tinggalkan kawasan tercemar dan bernafas dalam udara segar. Jika
berlakunya gejala-gajala seperti batuk, kesusahan bernafas atau
lain-lain, segera dapatkan bantuan perubatan walaupun gejala-gejala
ini berlaku kemudian.
4.2 SENTUHAN
KULIT
Basuh kulit perlahan-lahan dengan sabun dan air secukupnya.
Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian dan
bantuan ubat-ubatan jika perlu.
Untuk sentuhan kulit dengan resin leburan, dengan
pantas sejukkan dengan air dan dapatkan bantuan perubatan dengan
segera. Jangan cuba mengalihkan resin tanpa bantuan perubatan. Jangan
menggunakan pelarut untuk pengalihan.
Untuk sentuhan kulit dengan wasap kondensasi, segera
basuh perlahan-lahan dengan sabun dan air secukupnya. Jika berlaku
kerengsaan, dapatkan bantuan perubatan.
4.3 SENTUHAN MATA
Segera mengeluarkan kanta lekap. Serta merta mencuci
mata yang tercemar dengan air bersih atau air masin sekurang-kurangnya
untuk 20-30 minit. Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut,
pemerhatian dan bantuan ubat-ubatan jika perlu.
4.4 PENELANAN
Membersihkan mulut mangsa dengan air secukupnya. Dapatkan
bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian dan bantuan
ubat-ubatan jika perlu. |
| 9. CIRI-CIRI FIZIKAL
& KIMIA |
| Keadaan fizikal |
: |
Pepejal |
Tekanan wap |
: |
Diabaikan |
| Rupa |
: |
Pelet plastik |
Ketumpatan wap |
: |
Tidak berkenaan (udara = 1) |
| Bau |
: |
Berbau sedikit |
Graviti specifik |
: |
1.01-1.06 (air = 1) |
| Takat didh |
: |
Tidak berkenaan |
Keterlarutan(%) |
di air : |
Tidak larut |
| Takat lebur |
: |
Merujuk KOMEN berikut |
|
selainnya : |
Larut dalam pelarut organik |
| Kemeruapan |
: |
Diabaikan |
pH
|
: |
Tidak berkenaan |
| Takat bau |
: |
Belum ditetapkan |
Kadar pengewapan |
: |
Diabaikan |
KOMEN : Produk ini tidak menunjukkan takat lebur yang tajam, tetapi
akan lembut beransur-ansur dalam julat suhu yang lebar, antara 100-150°C.
|
| 10. KESTABILAN &
REAKTIVITI |
| Takat kilat |
: |
Tidak berkenaan |
Suhu nyalaan otomatik |
: |
4050C, jangkaan |
| Had letupan(%) |
|
Pembakaran |
|
|
| Atasan |
: |
Belum ditetapkan |
Spontan |
: |
Tidak berkenaan |
| Bawahan |
: |
60g/m3(saiz partikal<200nm) |
Reaktiviti dengan air |
: |
Tidak berkenaan |
| Had kenyalaan(%) |
|
Kenyalaan |
: |
Tidak ternyala |
| Atasan |
: |
Belum ditetapkan |
(Memerlukan
punca nyalaan yang berterusan untuk penyalaan) |
| Bawahan |
: |
Belum ditetapkan |
| Kenyalaan |
: |
Tidak ternyala |
Letupan habuk |
: |
Merujuk had letupan |
| Pengoksidaan |
: |
Tidak berkenaan |
Reaktiviti sendiri |
: |
Tidak berkenaan |
KESTABILAN & REAKTIVITI
Produk ini dianggap stabil di bawah
keadaan penyimpanan dan pengendalian yang disyorkan. Dan ia bukan
bahan reaktif di bawah keadaan pengendalian, penyimpanan, pemprosesan
dan penggunaan yang disyorkan.
KEADAAN YANG PERLU DIELAKKAN:
Jangan melampaui suhu leburan yang
disyorkan. Untuk mengelakkan otonyalaan dan penguraian bahan bahaya
daripada gumpalan panas akibat penyucian, gumpalan mesti dikutip
dalam bentuk kecil, leper atau utasan halus supaya cepat disejukkan
dan dicelupkan dalam air. Jangan membiarkan produk tinggal di barel
pada suhu tinggi untuk jangka masa yang panjang.
PENGURAIAN BERBAHAYA ATAU PRODUK SAMPINGAN:
Di bawah keadaan pemprosesan yang disyorkan, wasap
pemprosesan yang terbebas mungkin mengandungi kesan Stirena, Akrilonitril,
Akrolin, Asetalaldehid, Asetofenon, Etilenabenzena, Kumin, 4-vinilsiklohexena
dan Fenol. Apabila dibakar, produk berbahaya hasil pembakaran
mungkin mengandungi haba yang hebat, asap hitam tebal, karbon
monoksida, karbon dioksida, hidrogen sianik dan pecahan hidrokarbon.
|
| 11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI |
| Keracunan akut |
: |
Melalui mulut LD50 (Rat)
>5 g/kg (jangkaan) |
| Keracunan separa akut |
: |
Tiada maklumat specifik
diperolehi. |
| Keracunan kronik |
: |
Tiada maklumat specifik
diperolehi. |
| Kesan karcinogenik
|
: |
Tiada maklumat specifik
diperolehi. |
| Kesan mutagenik |
: |
Tiada maklumat specifik
diperolehi. |
| Ciri-ciri kerengsaan |
: |
Wasap pemprosesan akan
merengsakan kulit dan mata. |
| Kesan alergik dan sensitif
|
: |
Gas dan wasap terbentuk
mempunyai kesan sensitif. |
| Kesan tetratogenik |
: |
Tiada maklumat specifik
diperolehi. |
| Lain-lain |
: |
Monomer stirena disenaraikan
oleh IARC kemungkinan sebagai karsinogen. Tikus yang terdedah
pada akrilonitril secara berulang melalui mulut atau penghisapan
menyebabkan ketumbuhan pada otak dan perut. |
|
| 12. MAKLUMAT EKOLOGI |
| Biodegradasi |
: |
Tiada matlumat specifik
diperolehi. |
| Bio-pengumpulan |
: |
Tiada matlumat specifik
diperolehi. |
| Keracunan ikan |
: |
Tiada matlumat specifik
diperolehi. |
|
| 13. PERTIMBANGAN
SEMASA PEMBUANGAN |
| Jangan buang produk ini ke pembetungan,
mana-mana lautan atau kawasan air untuk mengelakkan haiwan marin dan
burung daripada tertelan. Pengitaran semula adalah digalakkan. Pembuangan
secara pembakaran terkawal atau di tapak pembuangan selaras dengan
kehendak badan berkuasa mungkin dapat diterima. |
| 14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN
|
Mengelakkan kebasahan dan pengendalian
kasar supaya keadaan pembungkusan yang sesuai dapat dikekalkan. Jika
bungkusan rosak dan pelet atau serbuk terbocor keluar, sapu atau mengumpulkan
bahan itu dan menyimpan di bekas yang sesuai untuk pembuangan atau
pemulihan.
(Merujuk LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN dan MAKLUMAT PEMBUANGAN). |
| 15. MAKLUMAT PERATURAN
|
| PERATURAN / KELASIFIKASI |
Maklumat Peraturan |
Kepekatan Diluluskan |
| TSCA(USA) |
Produk ini menurut keperluan 'Chemical Substance
Inventory' daripada 'US EPA Toxic Substances Control Act'.
|
|
| EINECS No. |
- |
|
| California Proposition 65 |
Bahan kimia yang dikenalpasti di bawah 'California
Proposition 65 column' dikenal sebagai penyebab kanser dan/atau
racun reproduktif. |
|
| FDA |
- |
|
| UL |
Tersenarai |
|
| CSA |
Tersenarai |
|
| OSHA |
Belum Tersenarai |
|
Maklumat peraturan yang lain
Kami tidak dapat mengenalpastikan maklumat peraturan berkenaan
dengan bahan di negara atau kawasan anda. Dengan itu, kita memohon
agar perkara itu diisikan atas tanggungjawab anda. Maklumat peraturan
berkenaan dengan bahan ini di negara atau kawasan anda mesti disemak
atas tanggungjawab anda. Pastikan perkara ini menurut keperluan
persekutuan dan memastikan menurut peraturan tempatan.
|
| 16. MAKLUMAT LAIN
/ RUJUKAN |
| Maklumat ini berkaitan secara specifik
dengan bahan ini. Maklumat ini tidak sah jika ia digunakan secara
kombinasi dengan bahan lain atau proses. Kesesuaian dan kesempurnaan
maklumat ini untuk penggunaan khusus mesti memuaskan pengguna dan
merupakan tanggungjawab pengguna. Maklumat di dalamnya berdasarkan
keikhlasan, tiada warranti, dinyatakan atau diimplikasikan, dibuat.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. Berdasarkan setakat pengetahuan
kami, maklumat yang terkandung di dalam adalah tepat. Namun, kami
mengandaikan sebarang liabiliti apapun juga untuk ketepatan dan kesempurnaan
maklumat yang terkandung di dalam. Penentuan terakhir tentang kesesuaian
bahan ini adalah tanggungjawab sendiri pengguna. Semua bahan mungkin
wujud merbahaya tanpa dikenali dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Walaupun sesetengah bahayanya diterangkan di dalam, tetapi kami tidak
dapat warranti bahawa hanya jenis bahaya ini yang sahaja wujud. Maklumat
yang terkandung di dalam risalah data ini hanya merupakan maklumat
terbaik yang kami miliki untuk masa ini. Namun, tiada warranti dibuat
berkenaan dengan kesempurnaannya dan kami mengandaikan tiada liabiliti
akibat daripada penggunaanya. Pengguna dinasihati melakukan ujian
masing-masing untuk menentukan keselamatan dan kesesuaian setiap produk
atau kombinasinya untuk tujuan masing-masing. |
| Go
back |