| RISALAH
MAKLUMAT KESELAMATAN BAHAN(MSDS) |
"TOYOLAC"
Resin ABS Gred Rintangan Penyalaan
Nama Gred : "TOYOLAC" 824V, 834V, 844V
No. MSDS: TPM053 Toray Plastics (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tarikh : 2 July, 2001 |
| 1. SYARIKAT / PENGENALAN |
1.1 NAMA PENGELUAR / PEMBEKAL
ALAMAT : 2628 MK.1, SPT., Lorong Perusahann 4, Prai Free Industrial
Zone,
13600 Prai, Penang, Malaysia.
1.2 PENGURUS KESELAMATAN
PENGELUARAN, TEKNOLOGI
BAHAGIAN : Bahagian Pengeluaran
PENGURUS : Pengarah & Pengurus Kilang
JUALAN
BAHAGIAN : Bahagian Jualan & Pemasaran
PENGURUS : Pengurus Am
1.3 PENGURUS MSDS
JABATAN : Jabatan Teknikal
PENGURUS : Pengurus Jabatan Teknikal
1.4 PUSAT MAKLUMAT (PUSAT PERKHIDMATAN PELANGGAN)
JABATAN : Jabatan Jualan & Pemasaran
ALAMAT : 2628 MK.1, SPT., Lorong Perusahann 4, Prai Free Industrial
Zone,
13600 Prai, Penang, Malaysia.
No.Tel. : +60 4 3988088
No.Faks. : +60 4 3908975, 39977264 |
| 2. KOMPOSISI / MAKLUMAT
KANDUNGAN |
Nama Kimia: Kopolimer Akrilonitril-Butadiena-Stirena
Rintangan Penyalaan
Nama Umum : Resin ABS Rintangan Penyalaan
Nama Singkatan : -
BAHAN ( ) CAMPURAN (O) ; KELAS UN & NUMBOR UN
| NAMA KIMIA |
KOMPOSISI(%) |
FORMULASI KIMIA(FORMULASI KONSTITUSI,FORMULASI
STRUKTUR) |
No.CAS |
StatusTSCA |
| Kopolimer Akrilonitril-Butadiena-Stirena |
95~60 |
-[(C8H8)k-(C3H3N)l-(C4H6)m]n- |
9003-56-9 |
Tersenarai |
| Tetrabromobisfenol-A-diglicigileter dengantribromofenol |
4~25 |
C11H13O3Br3(C17H16Br4)n-OC15H10Br4O-C11H13O3Br3,
C9H8Br3(C18H16OBr4)n-C24H18O4Br7 |
40039-98-8
158725-44-1 |
Tersenarai
Tersenarai |
| Antimoni trioksida |
1~15 |
Sb2O3 |
1309-64-4 |
Tersenarai |
|
| 3. PENGENALAN BERBAHAYA |
3.1 TINJAUAN UMUM KECEMASAN
Pelet berwarna putih kekuningan legap atau berwarna akan berbau
sedikit atau tidak berbau. Pelet tercicir akan menyebabkan bahaya
tergelincir. Ia boleh terbakar dalam api dengan melepaskan asap
beracun. Bahan melebur akan menyebabkan kelecuran yang serius. Wasap
dan asap yang terjana semasa proses peleburan mungkin menyebabkan
kerengsaan pada mata, kulit dan salur pernafasan. Proses sekunder
akan mengeluarkan habuk yang mungkin akan berbahaya pada pernafasan
dan menyebabkan letupan.
3.2 NAMA KELAS BAHAN KIMIA BERBAHAYA UNTUK MSDS DI JEPUN
Tidak berkenaan.
3.3 BAHAYA FIZIKAL & KIMIA
Tidak berkenaan.
3.4 KESAN YANG MUNGKIN PADA KESIHATAN MANUSIA
Mata : Mungkin menyebakan kerengsaan atau kecederaan akibat tindakan
mekanik.
Kulit : Pelet jarang menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Penelanan : Tiada kesan keracunan akut.
Penghisapan : Pelet jarang terhisap akibat keadaan fizikalnya.
3.5 KESAN PADA ALAM SEKITAR
Tidak berkenaan.
3.6 LAIN-LAIN
Merujuk MAKLUMAT TERKAWAL. |
| 4. LANGKAH-LANGKAH
PERTOLONGAN CEMAS |
4.1 PENGHISAPAN
Pelet jarang terhisap akibat keadaan fizikalnya. Namun jika gejala-gejalanya
berlaku, alih mangsa ke tempat yang berudara segar. Dapatkan bantuan
perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian dan bantuan ubat-ubatan
jika perlu.
Untuk kerengsaan akibat terhisap wasap pemprosesan, tinggalkan
kawasan tercemar dan bernafas dalam udara segar. Jika berlakunya
gejala-gajala seperti batuk, kesusahan bernafas atau lain-lain,
segera dapatkan bantuan perubatan walaupun gejala-gejala ini berlaku
kemudian.
4.2 SENTUHAN KULIT
Basuh kulit perlahan-lahan dengan sabun dan air secukupnya. Dapatkan
bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian dan bantuan
ubat-ubatan jika perlu.
Untuk sentuhan kulit dengan resin leburan, dengan pantas sejukkan
dengan air dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Jangan
cuba mengalihkan resin tanpa bantuan perubatan. Jangan menggunakan
pelarut untuk pengalihan.
Untuk sentuhan kulit dengan wasap kondensasi, segera basuh perlahan-lahan
dengan sabun dan air secukupnya. Jika berlaku kerengsaan, dapatkan
bantuan perubatan.
4.3 SENTUHAN MATA
Segera mengeluarkan kanta lekap. Serta merta mencuci mata yang tercemar
dengan air bersih atau air masin sekurang-kurangnya untuk 20-30
minit. Dapatkan bantuan perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian
dan bantuan ubat-ubatan jika perlu.
4.4 PENELANAN
Membersihkan mulut mangsa dengan air secukupnya. Dapatkan bantuan
perubatan untuk rawatan lanjut, pemerhatian dan bantuan ubat-ubatan
jika perlu. |
| 5. LANGKAH-LANGKAH
MELAWAN API |
5.1 BAHAYA SPECIFIK
BERKENAAN LANGKAH-LANGKAH MELAWAN API
Gunakan air dari jarak selamat untuk menyejukkan dan
melindungi kawasan. Alihkan bekas dari kawasan berapi jika dapat
dilakukan tanpa risiko. Menempatkan kaki tangan ke kawasan selamat.
Haba yang terjana api akan membebaskan wasap dan asap bertoksik
seperti asap hitam yang tebal, karbon monoksida, karbon dioksida,
hidrogen sianik dan pecahan hidrokarbon. Alat bantuan pernafasan
yang berkelulusan keperluan tekanan dan pakaian perlindungan perlu
digunakan untuk semua jenis api.
5.2 MEDIA PEMADAMAN API
Semburan air, buih karbon dioksida, buih polimer dan
buih kimia kering. Semburan air merupakan media pemadaman yang terbaik.
Buih karbon dioksida dan buih kimia kering secara umumnya kurang
disyorkan kerana kekurangannya dalam keupayaan penyejukan yang mungkin
akan mengizinkan penyalaan berlaku semula. |
| 6. LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI KEMALANGAN |
6.1 LANGKAH-LANGKAH
UNTUK PENGENDALIAN KAKI TANGAN
Tutup semua punca nyalaan dan pakai topeng jika habuk
wujud.
6.2 LANGKAH-LANGKAH TERHADAP KESAN PADA ALAM
SEKITAR
Jangan mengalir ke pembetungan atau longkang. Jika
berlaku kebocoran dan pertumpahan dalam jumlah yang banyak, ini
akan mendatangkan kesan pencemaran pada alam sekitar.
6.3 LANGKAH-LANGKAH KETIKA MENGENDALIKAN BAHAN
TUMPAHAN
Dilarang masuk ke kawasan sehingga pembersihan disempurnakan.
Menyodok ke bekas yang bersih, berlabel dan bertutup. Menyapu atau
mengumpul bahan dengan segera dan menyimpan di bekas yang sesuai
untuk pembuangan dan pemulihan. |
| 7. PENGENDALIAN DAN
PENYIMPANAN |
7.1 PENGENDALIAN
Kawalan pendedahan untuk pengendalian kaki tangan:
Mengudarakan bilik untuk menyingkirkan habuk, haba dan produk pirolisis.
Mengamalkan ilmu kesihatan industri yang bagus.
Mengelakkan sentuhan dengan kulit dan mata.
Langkah-langkah perlindungan terhadap kebakaran dan peletupan:
Mengelakkan pengumpulan habuk.
Mencegah penjanaan wasap atau habuk.
Mengambil langkah-langkah berjaga terhadap pelepasan statik.
Jika berlaku kebakaran dan/atau peletupan, jangan bernafas masuk
wasap.
Lain-lain:
Mencegah pengendalian kasar atau kejatuhan.
Jangan mengalir ke pembetungan atau longkang.
7.2 Penyimpanan
Menyimpan di tempat kering yang menjauhi dari kelembapan,
haba yang melampau, sinaran matahari dan punca penyalaan. |
| 8. KAWALAN PENDEDAHAN
/ PERLINDUNGAN PERSENDIRIAN |
8.1 PARAMETER KAWALAN
| |
KANDUNGAN(%) |
Kopolimer Akrilonitril-Butadiena-Stirena |
Tetrabromobisfeno-A-diglicigileter dengantribromofenol |
Antimoni trioksida |
| Labor Safety & Health Act (Japan) |
ppm(mg/m³) |
Jumlah habuk :8(mg/m³) |
- |
0.1(mg/m³)(Sb) |
| ACGIH |
ppm(mg/m³) |
Jumlah habuk :10(mg/m³) |
- |
TLV=TWA0.5(mg/m³)(Sb) |
| OSHA |
ppm(mg/m³) |
- |
- |
PEL=TWA0.5(mg/m³)(Sb) |
Tiada toleransi kepekatan untuk habuk resin ABS dinyatakan
mahupun dari Japan Association of Industrial Health and Hygiene
atau ACGIH, tetapi adalah dipercayai bahawa nilai yang diberikan
di atas merupakan panduan munasabah untuk operasi.
8.2 LANGKAH-LANGKAH KEJURUTERAAN
Untuk mengekalkan suasana kerja yang sesuai, sistem
pengudaraan segar yang berterusan disyorkan.
Eksos tempatan : Diperlukan jika bahan dipanaskan lebih dari 200°C.
Khas : Menggunakan ruang proses tertutup jika perlu untuk kawalan
bau.
Jika kawalan kejuruteraan tidak berkesan untuk mengawal
pendedahan daripada bahan atau wasap atau bendasing, maka gunakan
alat kawalan peribadi yang sesuai termasuk kawalan pernafasan yang
diluluskan seperti yang diterangkan berikut.
8.3 PERLINDUNGAN PERIBADI
Mata / Muka :
Pakai kaca mata keselamatan dengan perlindungan tepi atau cermin
mata kimia. Lebih-lebih lagi, gunakan pelindung muka apabila wasap
pemprosesan terkondensasi dari bumbung, saluran dan lain-lain permukaan.
Kulit :
Pakai sarung tangan keselamatan untuk mengelakkan daripada tersentuh
wasap pemprosesan yang terkondensasi. Pakai seluar panjang, baju
berlengan panjang dan kasut keselamatan jika boleh.
Pernafasan :
Apabila wasap pemprosesan, dan habuk atau serbuk dari proses sekunder
tidak dapat dikawal sepenuhnya, gunakan alat pernafasan yang diluluskan
untuk perlindungan daripada wap organik dan gas. |
| 9. CIRI-CIRI FIZIKAL
& KIMIA |
| Keadaan fizikal : |
Pepejal |
Tekanan wap : |
|
Diabaikan |
| Rupa : |
Pelet plastik |
Ketumpatan wap : |
|
Not Applicable (air = 1) |
| Bau : |
Berbau sedikit |
Graviti specifik : |
|
1.07-1.40 (air = 1) |
| Takat didh : |
Tidak berkenaan |
Keterlarutan(%) : |
di air : |
Tidak larut |
| Takat lebur : |
Merujuk KOMEN berikut |
|
selainnya : |
Larut dalam pelarut organik |
| Kemeruapan : |
Diabaikan |
pH : |
|
Tidak berkenaan |
| Takat bau : |
Belum ditetapkan |
Kadar pengewapan : |
|
Diabaikan |
KOMEN : Produk ini tidak menunjukkan takat lebur yang
tajam, tetapi akan lembut beransur-ansur dalam julat suhu yang lebar,
antara 100-150°C. |
| 10. KESTABILAN &
REAKTIVITI |
| Takat kilat |
Tidak berkenaan |
Suhu nyalaan otomatik |
405°C, jangkaan |
| Had letupan(%) |
|
Pembakaran |
|
| Atasan |
Belum ditetapkan |
Spontan |
Tidak berkenaan |
| Bawahan |
60g/m3(saiz partikal<200nm) |
Reaktiviti dengan air |
Tidak berkenaan |
| Had kenyalaan(%) |
|
Kenyalaan |
Tidak ternyala |
| Atasan |
Belum ditetapkan |
(Memerlukan punca nyalaan
yang berterusan untuk penyalaan) |
| Bawahan |
Belum ditetapkan |
| Kenyalaan |
Tidak ternyala |
Letupan habuk |
Merujuk had letupan |
| Pengoksidaan |
Tidak berkenaan |
Reaktiviti sendiri |
Tidak berkenaan |
KESTABILAN & REAKTIVITI
Produk ini dianggap stabil di bawah keadaan penyimpanan dan pengendalian
yang disyorkan. Dan ia bukan bahan reaktif di bawah keadaan pengendalian,
penyimpanan, pemprosesan dan penggunaan yang disyorkan.
KEADAAN YANG PERLU DIELAKKAN:
Jangan melampaui suhu leburan yang disyorkan. Untuk mengelakkan
otonyalaan dan penguraian bahan bahaya daripada gumpalan panas akibat
penyucian, gumpalan mesti dikutip dalam bentuk kecil, leper atau
utasan halus supaya cepat disejukkan dan dicelupkan dalam air. Jangan
membiarkan produk tinggal di barel pada suhu tinggi untuk jangka
masa yang panjang.
PENGURAIAN BERBAHAYA ATAU PRODUK SAMPINGAN:
Di bawah keadaan pemprosesan yang disyorkan, wasap pemprosesan yang
terbebas mungkin mengandungi kesan Stirena, Akrilonitril, Akrolin,
Asetalaldehid, Asetofenon, Etilenabenzena, Kumin, 4-vinilsiklohexena
dan Fenol. Apabila dibakar, produk berbahaya hasil pembakaran mungkin
mengandungi haba yang hebat, asap hitam tebal, karbon monoksida,
karbon dioksida, hidrogen sianik dan pecahan hidrokarbon. |
| 11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI |
| Keracunan akut : |
Melalui mulut LD50 (Rat) >5 g/kg
(jangkaan) |
| Keracunan separa akut : |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
| Keracunan kronik : |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
| Kesan karcinogenik : |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
| Kesan mutagenik : |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
| Ciri-ciri kerengsaan : |
Wasap pemprosesan akan merengsakan
kulit dan mata. |
| Kesan alergik dan sensitif : |
Gas dan wasap terbentuk mempunyai
kesan sensitif. |
| Kesan tetratogenik : |
Tiada maklumat specifik diperolehi. |
| Lain-lain : |
Monomer stirena disenaraikan oleh
IARC kemungkinan sebagai karsinogen. Tikus yang terdedah pada
akrilonitril secara berulang melalui mulut atau penghisapan
menyebabkan ketumbuhan pada otak dan perut. |
| |
Antimoni trioksida dikelasifikasikan 2B (IARC) dan A2 (ACGIH) |
|
| 12. MAKLUMAT EKOLOGI |
| Biodegradasi |
: Tiada matlumat specifik diperolehi. |
| Bio-pengumpulan |
: Tiada matlumat specifik diperolehi. |
| Keracunan ikan |
: Tiada matlumat specifik diperolehi. |
|
| 13. PERTIMBANGAN
SEMASA PEMBUANGAN |
| Jangan buang produk ini ke pembetungan,
mana-mana lautan atau kawasan air untuk mengelakkan haiwan marin dan
burung daripada tertelan. Pengitaran semula adalah digalakkan. Pembuangan
secara pembakaran terkawal atau di tapak pembuangan selaras dengan
kehendak badan berkuasa mungkin dapat diterima. |
| 14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN
|
Mengelakkan kebasahan dan pengendalian
kasar supaya keadaan pembungkusan yang sesuai dapat dikekalkan. Jika
bungkusan rosak dan pelet atau serbuk terbocor keluar, sapu atau mengumpulkan
bahan itu dan menyimpan di bekas yang sesuai untuk pembuangan atau
pemulihan.
(Merujuk LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN dan MAKLUMAT PEMBUANGAN).
|
| 15. MAKLUMAT PERATURAN
|
| PERATURAN / KELASIFIKASI |
Maklumat Peraturan |
Kepekatan Diluluskan |
| TSCA(USA) |
Produk ini menurut keperluan 'Chemical
Substance Inventory' daripada 'US EPA Toxic Substances Control
Act'. |
|
| EINECS No. |
215-175-0 : Antimoni trioksida |
|
California Proposition 65 |
Bahan kimia yang dikenalpasti di
bawah 'California Proposition 65 column' dikenal sebagai penyebab
kanser dan/atau racun reproduktif. |
|
| FDA |
- |
|
| UL |
Tersenarai |
|
| CSA |
Tersenarai |
|
| OSHA |
Belum Tersenarai |
|
Maklumat peraturan yang lain
Kami tidak dapat mengenalpastikan maklumat peraturan berkenaan dengan
bahan di negara atau kawasan anda. Dengan itu, kita memohon agar
perkara itu diisikan atas tanggungjawab anda. Maklumat peraturan
berkenaan dengan bahan ini di negara atau kawasan anda mesti disemak
atas tanggungjawab anda. Pastikan perkara ini menurut keperluan
persekutuan dan memastikan menurut peraturan tempatan.
|
| 16. MAKLUMAT LAIN
/ RUJUKAN |
| Maklumat ini berkaitan secara specifik
dengan bahan ini. Maklumat ini tidak sah jika ia digunakan secara
kombinasi dengan bahan lain atau proses. Kesesuaian dan kesempurnaan
maklumat ini untuk penggunaan khusus mesti memuaskan pengguna dan
merupakan tanggungjawab pengguna. Maklumat di dalamnya berdasarkan
keikhlasan, tiada warranti, dinyatakan atau diimplikasikan, dibuat.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. Berdasarkan setakat pengetahuan
kami, maklumat yang terkandung di dalam adalah tepat. Namun, kami
mengandaikan sebarang liabiliti apapun juga untuk ketepatan dan kesempurnaan
maklumat yang terkandung di dalam. Penentuan terakhir tentang kesesuaian
bahan ini adalah tanggungjawab sendiri pengguna. Semua bahan mungkin
wujud merbahaya tanpa dikenali dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Walaupun sesetengah bahayanya diterangkan di dalam, tetapi kami tidak
dapat warranti bahawa hanya jenis bahaya ini yang sahaja wujud. Maklumat
yang terkandung di dalam risalah data ini hanya merupakan maklumat
terbaik yang kami miliki untuk masa ini. Namun, tiada warranti dibuat
berkenaan dengan kesempurnaannya dan kami mengandaikan tiada liabiliti
akibat daripada penggunaanya. Pengguna dinasihati melakukan ujian
masing-masing untuk menentukan keselamatan dan kesesuaian setiap produk
atau kombinasinya untuk tujuan masing-masing. |
| Go
back |